Sunday, August 29, 2010

Ayah, Selamat Hari Lahir!!


Ayah!!
Selamat Hari Lahir yg ke 54

ayah masih cm dulu..rambut ayah hitam lebat..
eh, betul aku xtipu..mmg ni gene dlm family aku..

ayah masih lg belikan ape2 yg aku nak..
masih layan rengekan aq yg kadang2 cm nth ape2 je..mintak ampun..
masih suruh aku perbetulkan diri yg serba kekurangan ini..

Ayah masih anggap aku anak kecil..
bertanya seribu satu soalan jika aku hendak berbuat sesuatu
masih ketat peraturan beliau terhadap aku
tapi aku memberontak,
membantah
sebab aku anggap diriku sudah dewasa
tahu semuanya

Ayah geleng kepala
tapi aku masih tidak mengerti
mengapa ayah sebegitu
terlalu melindungi aku
sudah acap kali aku mengingatkan kepada ayah
aku sudah 20 tahun
aku sudah pandai menguruskan diri ini
aku sudah pandai
aku sudah pandai
itu dan ini

tapi jauh di benak ku
aku faham mengapa ayah begitu
ayah tidak mahu aku hanyut dalam dunia yang rakus ini
ayah mahu aku belajar
jarang sekali ayah berkata "tidak"
tetapi ayah telah menggunakan pendekatan lain dalam mendidik aku
sesungguhnya aku bersyukur
dikurniakan ayah yang begitu
melindungi aku
memahami aku
menjaga aku dengan rapi dan cantik sekali

biarlah orang kata
ayah aku kolot,tidak moden
tidak memberi kebebasan

tetapi pada aku
ayah aku yang terbaik!!

saya sayang ayah!!

No comments:

Post a Comment